top of page

sumazau

Alat muzik

Pakaian

Laman sesawang ini bertujuan untuk memperkenalkan tarian tradisi kaum Kadazan di daerah Penampang Sabah. Kaum Kadazan merupakan antara etnik terbesar di Sabah yang kaya dengan pelbagai budaya dan seni kreatifnya. Seni tarian merupakan salah satu seni yang menjadi kebanggaan etnik ini . Seni tari etnik Kadazan dikenali sebagai Tarian Sumazau. Melalui tarian Sumazau, pelbagai budaya dapat kita pelajari melalui etnik ini yang dikatakan sangat mempelihara budaya mereka . Melalui pengenalan laman sesawang ini , maka seni tari ini akan dipelajari dan dikenali oleh kaum lain dan terus diwarisi generasi seterusnya  . Sabah mempunyai pelbagai etnik dan kaya dengan kepelbagaian jenis tarian seperti Tarian Limbai ( etnik Bajau , Kota Belud ) , Tarian Liliput ( etnik Bisaya ) , angalang (etnik Murut, pedalaman Sabah ) dan banyak lagi  tarian lain . Manakala daerah Penampang pula amat popular dengan Tarian Sumazau di mana ia berasal daripada etnik Kadazan . (Low Kok On & Sri Ningsih Sukirman,2009)

sejarah

 TARIAN SUMAZAU PENAMPANG SABAH

bottom of page